36 Sukarelawan Jahit PPE Dapat Insentif


KUALA TERENGGANU - Seramai 36 orang Muslimat Kawasan Marang yang mengasilkan set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)  diberi insentif sebagi saguhati bagi menghargai usaha murni mereka.


Ketuanya, To' Puan Hajah Zarani Othman berkata, sedikit sumbangan 'belanja raya' itu telah disampaikan kepada mereka sebelum Aidil Fitri, minggu lalu.

"Semua petugas penghasilan PPE daripada empat DUN dalam kawasan Marang diberikan sedikit saguhati,

"Sebenarnya jumlah sukarelawan adalah berperingkat, bermula 16 sehinggalah 36 orang semuanya" jelas beliau.

Zarani yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.

Menurutnya, 'hadiah' kepada para petugas tersebut adalah dana daripada Dewan Muslimat PAS Marang terhadap penghasilan PPE bagi membantu barisan hadapan memerangi pandemik Covid-19.

"Jumlah penghasilan PPE adalah 2000 set, untuk kasut, tudung, baju dan topi.

"Ada yang jahit satu set penuh dan ada buat set kasut sahaja campur dengan tudung dan lain-lain.Set penuh 1000 lebih," tambahnya.

Ulasan