9000 Rumah Dapat Bubur Lambuk

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 9000 buah rumah  dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam diagihkan bubur lambuk percuma secara berperingkat.


Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pembahagian di buat selama dua hari iaitu pada 4 dan 6 mei 2020 membabitkan 34 buah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Hampir setiap tahun ketika ramadhan kami mengagihkannya, cuma kali ini lebih besar.

"Tahun ini, target kami adalah mengagihkan ke semua rumah dalam DUN Wakaf Mempelam sebanyak hampir 9000 buah," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri berkata demikian ketika dihubungi semalam, 6 Mei.

Menurutnya, pembahagian bubur lambuk ini adalah program tradisi pusat khidmat DUN pada setiap tahun.

"Pada fasa pertama iaitu 4 Mei, kami dapat agihkan hampir 5,000 bekas bubur lambuk ke 17 MPKK dan selebihnya kami agihkan  semalam pada 17 MPKK yang lain," ujar Wan Sukairi.

Justeru itu, beliau berharap program ini dapat membantu rakyat sedikit sebanyak merasai bubur lambut di samping menguatkan lagi silaturrahim.

Ulasan