Covid-19 Di India; Peniaga Muslim Jadi ' Kambing Hitam'

Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India telah mengeluarkan notis kepada seorang pemimpinnya menyeru orang untuk tidak membeli sayur-sayuran dari peniaga Islam.

Sebuah video yang menunjukkan Suresh Tiwari tmembuat kenyataan rasis itu, di tengah-tengah perintah berkurung pandemik Covid-19 di seluruh negara tersebut.

"Ingatlah satu perkara. Saya memberitahu semua orang secara terbuka. Tidak perlu membeli sayur-sayuran dari 'miyans' [Muslim]," kata wakil rakyat dari bandar Deoria di negeri utara Uttar Pradesh itu.

Video versi telefon bimbit itu yang menjadi viral pada pertengahan minggu lalu.

Dalam pada itu, berjuta-juta rakyat India menghadapi kesukaran, kehilangan pekerjaan dan kelaparan yang belum pernah terjadi sebelumnya kerana wabak tersebut.

Ketika kemarahan semakin meningkat, BJP bertanya kepada Tiwari mengapa tindakan tidak sewajarnya itu dilakukan beliau.

Satu laporan diterbitkan Hindustan Times memetik Tiwari mengatakan bahawa seruannya untuk memboikot adalah "langkah pencegahan untuk melindungi orang daripada dijangkiti".

"Pada 18 April, saya mengagihkan topeng muka di kalangan penduduk di Deoria dan ketika itu orang-orang mengadu bahawa 'Tablighi Jamaat' menyebarkan jangkitan.

"Ramai di antara mereka bimbang bahawa penjual Muslim menjangkiti sayur-sayuran dengan air liur," katanya kepada surat kabar itu.

"Sebagai wakil yang bertanggungjawab, saya meminta mereka untuk mengambil tindakan  menangani situasi tetapi berhenti membeli sayur-sayuran daripada mereka [Muslim].

"Beritahu saya apa kesalahan yang telah saya lakukan jika saya mengatakan perkara seperti itu?" ujarnya

Umat ​​Islam India menjadi sasaran di negara itu berikutan laporan penyebaran wabak berkait sebuah himpunan di New Delhi bulan lalu yang dianjurkan oleh Jamaah Tabligh.

Ulasan