Seluruh Penduduk Dapat Lauk

SETIU - Penduduk kampung di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.mendapat agihan lauk pada Program 'Penamat'.


Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD), Ustaz Mohd Shafizi Ismail, jamuan Iftar Jamaie yang sering diadakan saban tahun diubahsuai berikutan PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Katanya, agihan juadah berbuka puasa itu turut membabitkan pimpinan MTD, Cawangan PAS dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengedarkannya kepada penduduk setempat.

"Oleh kerana tahun ini bulan Ramadan kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari wabak Covid19 maka Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) memutuskan agar "nammat" yang sering kita lakukan dapat diteruskan dengan cara sebegini" ujarnya setelah selesai mengagihkan gulai ayam di lima buah kampung membabitkan 1123 buah rumah pada Sabtu.

Kesemua penduduk kampung terbabit menerima juadah berbuka  gulai ayam, gulai daging, ayam madu, 'roti  John' dan kuih muih.

Sementara itu menurut Shafizi, Azhar Care sebuah agensi bukan kerajaan turut serta menyumbang barangan dapur kepada penduduk kampung pada Jumaat.

Tegasnya lagi, agihan sumbangan Ramadan telah bermula sehari sebelum kedatangan bulan Ramadan lagi apabila setiap rumah di kesemua 42 buah kampung telah diberikan sekotak kurma, sebotol jus dan takwim bagi menceriakan mereka semasa bulan puasa yang diraikan sekarang.

"Dalam masa yang sama kita (PKM) turut merancang satu lagi program bersama Batu Rakit Care (BRC) sebuah organisasi bukan kerajaan untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada 18 Mei ini melibatkan kos sekitar 15 ribu ringgit."

Shafizi yang juga Pegawai Penyelaras DUN berharap orang ramai turut mengambil peluang dengan kedatangan Ramadan ini untuk menyumbang di akaun Persatuan Cakna Masyarakat Mukim Batu Rakit,BIMB 13062010005732 dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohd Pauzi Muda di talian 0199819442.

Ulasan