Sinaran 'Nur' Di Kawasan Besut

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT  - Seluruh kawasan Besut akan disinari cahaya apabila diadakan program Nur Ramadan 11.0 dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS.



Ketuanya, Hakim Zulfikri berkata, program itu adalah penanda aras kepada para orang muda, sebagai tanda menzahirkan keperihatinan, menyumbang kepada asnaf dipenghujung bulan yang mulia ini.

“Pada setiap tahun program ini diteruskan apabila tibanya bulan yang penuh keberkatan dan keampunan, Ramadan al-Mubarak,

"Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai untuk program Nur Ramadan akan diagihkan kepada yang memerlukan seluruh Besut secara berperingkat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada semalam.

Menurutnya, acara ini merupakan tahun yang ke 11 dilancar oleh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DPPKB.

Turut hadir ialah Setiausaha DPPKB Mohd Syamri Razak, Ketua Pemuda DUN Kota Putera, Abdul Aziz Che Kop dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DPPKB.

Justeru kata Hakim, Pemuda PAS membuka ruang kepada orang ramai untuk sama-sama meningkatkan ibadah bersedekah dan menyumbang agar Ramadan yang akan berakhir membawa makna.

"Program ziarah Nur Ramadan 11.0 kerumah asnaf bermula kelmarin 13 Mei di DUN Kuala Besut dan hari ini di Dun Kota Putera.

“InsyaAllah kita akan teruskan esok  lusa di DUN Jertih dan Hulu Besut,” jelas Hakim.

Ulasan