SERUAN PENYATUAN ISLAM
PAS mengalu-alukan ketegasan Palestin untuk menghapuskan semua perjanjian dengan Israel dan Amerika Syarikat.
Tindakan ini sangat tepat selepas regim Zionis Israel mengumumkan pengisytiharan rampasan wilayah Tebing Barat Palestin (annexation) yang merupakan suatu penghinaan terhadap hak rakyat Palestin dan lanjutan kepada rancangan peta baharu Asia Barat oleh Donald Trump awal tahun ini.
Dunia Islam dan masyarakat antarabangsa perlu bertindak keras mengutuk tindakan Israel dan Amerika Syarikat yang menjadi 'perompak jalanan' yang merampas bumi Palestin dengan menghalau penduduknya secara kekerasan dan segala bentuk kezaliman, penindasan, pembunuhan, dan pengusiran.
PAS turut menyeru seluruh dunia Islam bersatu tanpa mengira fahaman mazhab, negara dan bangsa bagi menghadapi tindakan terkutuk Israel dan Amerika Syarikat serta menggagalkan usaha 'peta jalanan' yang dirancang oleh musuh-musuh Islam dan sekutunya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Ramadhan 1441 / 20 Mei 2020
———
Media Statement of PAS President
CONGRATULATIONS TO PALESTINE, CALLING FOR MUSLIMS UNITY
PAS welcomes Palestine's resolve to abolish all agreements with Israel and the United States.
This was the right move after the Israeli Zionist regime announced the annexation of the Palestinian West Bank which is an insult to the right of the Palestinian and a continuation to Donald Trump's new West Asia map earlier this year.
The Muslim world and the international community must strongly condemn and declare the Israel and the United States' action as the act of 'street robbers' who have plundered the soil of Palestine by expelling its people using violence and all forms of cruelty, oppression, assassination, and expulsion.
PAS also called on the whole Muslim world to come together regardless of sect, state and ethnicity to confront the brutal actions of Israel and the United States and to thwart the 'street map' effort that was planned by the enemies of Islam and their allies.
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Date: 27 Ramadan 1441 / 20th May 2020
Ulasan