'Teras Muslimat' Tidak Dilupakan

KUALA TERENGGANU - Para petugas teras muslimat tidak dilupakan dalam gerakan dakwah dan politik PAS pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Ramadan.

Ketua Dewan Muslimat PAS  Kawasan Marang, To' Puan Hajah Zarani Othman berkata, sedikit  sumbangan awal Ramadan kepada petugas-petugas muslimat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 di kawasan tersebut.

"Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas telah disampaikan kepada 160 keluarga yang melibatkan keempat DUN dalam kawasan Marang iaitu Alur Limbat, Bukit Payong, Ru Rendang dan juga Pengkalan Berangan.

"Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban dan membawa sinar menjalani ibadah puasa dalam tempoh PKP ini," jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi, pada semalam, 7 Mei.

Menurutnya, sumbangan ini tidaklah seberapa namun sebagai tanda ingatan dan juga keprihatinan kepada sahabat-sahabat serta saudara semuslim.

Justeru itu, Zarani berharap supaya terus menjaga keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan daripada pihak kerajaan agar semuanya selamat.

"Diharapkan agar, semua daripada kita dapat menjalani ibadah pada Ramadan kali ini dengan baik tanpa ada kesulitan, insya Allah," tambah beliau.

Ulasan