'Veteren' PAS Bukit Besi Dihargai


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Segala pengorbanan dan jasa golongan 'orang-orang lama'  PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sangat dihargai.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata  bagi mengenang golongan berkenaan yang telah merintis jalan perjuangan tersebut kesemua mereka akan diziarahi.

"Kita akan jejaki kesemua mereka melalui PAS setiap cawangan (dimana) kita telah mohon agar disenaraikan nama-nama mereka yang kekal bersama PAS dan telah memainkan peranan penting bagi menghidupakan PAS di setiap cawangan.

"Ianya bagi mendekatkan jurang, menzahirkan bahawa kesemua mereka sangat kita kenang, sebagai pemula kepada perjuangan PAS di DUN Bukit Besi, serta telah berhempas pulas bagi menghidupkan PAS ," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, ketika Program Jejak Istiqamah, pada Khamis 28 Mei.

Jelasnya, memilih menjayakan program berkenaan pada Aidilfitri  agar sambutan bulan berkenaan akan lebih bermakna.

"Serta mempunyai erti yang tersendiri kepada mereka dimana ramai diantara mereka sudah tidak sihat seperti dulu, mempunyai pelbagai masalah kesihatan, malah ada yang sudah hilang ingatan.

"Tidak kurang yang telah pun meninggal dunia. Semoga dengan cara menziarahi mereka ini akan memberi mereka sedikit kegembiraan," katanya.

Ulasan