2135 Orang Dapat Sumbangan Lepas Raya


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Seramai 2135 orang warga Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang yang kurang bernasib baik mendapat sumbangan selepas Hari Raya Aidilfitri pada tarikh berbeza.


Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) PAS Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata sumbangan berkenaan terpaksa diagihkan mengikut masa berbeza memandangkan ianya melibatkan barangan basah.

"Maklumlah ayam mana boleh buat  kita nak agihkan lebih 2000 ekor sekaligus, busuk nanti," selerohnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Seekor Ayam Sekampit Beras  Peringkat Zon Darat di Balai Raya Ladang Pinang Mas dekat sini pada 5 Jun.

Justeru itu, tambahnya lagi, majlis tersebut terpaksa diadakan berperingkat-peringkat mengikut zon iaitu zon darat, zon pantai dan zon bandar.

"Hari ini melibatkan sembilan cawangan, 12 Jun nanti, 10 cawangan dan yang terakhir 19 Jun sebanyak sembilan cawangan akan menerima sumbangan ini," ujarnya.

Ulasan