82 Peserta RTB ‘Terkilan’ Dapat Balik Tanah


DUNGUN – Seramai 82 orang peserta Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) terkilan di DUN Rantau Abang menerima kembali tanah yang dirampas ketika Barisan Nasional mengambil alih Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2004.

Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) Rantau Abang , Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani berkata, ini menunjukkan kerajaan PAS sekarang bersungguh-sungguh untuk menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14).
“Selepas berjaya mengambil alih kerajaan pada 2018 tanpa berlengah, kerja-kerja mengenal pasti mereka yang berkenaan dilakukan.
” Kita tidak berlepas tangan dengan bekerja keras menyelesaikan mereka tersisih akibat bertukar kerajaan, kita gantikan yang baharu, walaupun bukan tanah di tempat asal tetapi mereka dapat hak mereka,” jelasnya.
Beliau yang ditemui selepas majlis Penyerahan Jadual 5A Bagi Tanah Rancangan Berkelompok Tapak Rumah Dan Tanah Pertanian, DUN Rantau Abang di Dewan Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini pada 23 Jun.
Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah MTD, Alias Harun itu, seramai 119 orang penerima termasuk mereka yang membuat permohonan baharu.
Turut hadir AJK PAS Kawasan Dungun , Wan Hapandi Wan Nik.
Sementara itu Alias yang ditemui selepas majlis tersebut berkata PAS menjadi agenda Parti Islam Se-Malaysia(PAS) untuk membela rakyat.
” Kita memikirkan nasib mereka yang telah diberi milik Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) tetapi telah diambil balik oleh kerajaan mengambil alih pada 2004, jadi mereka ini yang terkilan ini perlu dikembalikan semula tanah mereka,” ujarnya.
Daripada tinjauan pemberita, rata-rata tidak menyangka dan bersyukur mendapat balik tanah mereka walaupun bukan di tempat yang sebelum ini.

Ulasan