Ameerah Bukan Sekadar Berpolitik


Oleh : Syazwana M.Zohir

KUALA TERENGGANU – Ameerah Negeri Terengganu membawa mesej bahawa Muslimat muda Parti Islam se-Malaysia (PAS) bukan satu badan politik semata-mata bahkan meliputi pelbagai aspek.


Pengarahnya, Zuraida Md Noor berkata, inisaitif tersebut diserlahkan para aktiviis dengan pelbagai kegiatan cakna kebajikan dan kemasyarakatan.

Menurutnya, dalam tempoh penularan wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang Ameerah merangka dan melaksanakan program bagi membantu golongan yang terjejas.

“Ameerah dengan jayanya telah mengagihkan lebih RM 30,000 sumbangan melalui pelaksanaan Tabung Cakna Covid-19 anjuran bersama Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Negeri Terengganu (HANEES) bagi membantu masyarakat.

“Usaha kami untuk terus membantu rakyat terutamanya wanita muda tidak terhenti setakat itu sahaja, insyaAllah kami akan sambung dengan beberapa lagi program yang telah kami rancang dan akan dilaksanakan sedikit masa lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran di stesen radio Manis FM disini, pada Rabu 10 Jun.

Jelas beliau yang juga ADUN Wanita, antara program menarik yang akan segera menyusul ialah skim latihan, dianjurkan bersama dengan agensi-agensi kerajaan.

Beliau berkata, modul program itu, meliputi beberapa bidang seperti pertanian bandar, pembuatan makanan, salon dan spa, ‘home services’, jahitan, ‘runner’, ‘personal shopper’ serta barangan siap.

“Program latihan ini kita letakkan di bawah Kluster Kerjaya dan Kemahiran dan sebenarnya ada dua lagi kluster lain iaitu Kluster Kebajikan, Kesihatan dan Kaunseling serta Kluster Keagamaan dan Kerohanian.

“Kalau boleh saya perincikan dibawah kluster kedua, kempen maya kesedaran kesihatan wanita akan dijalankan manakala kelas pengajian asas fardu ain bagi kluster ketiga,”tambahnya.

Justeru, beliau berharap agar setiap program yang dirangka bagi tempoh pasca-COVID-19, akan dapat dirasai manfaatnya oleh segenap lapisan masyarakat.

Ulasan