Oleh: Muhd Afiq Zohir
BESUT – Empat bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sekitar Kawasan Besut akan dibina baharu menjelang tahun 2021 di dalam menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.
Pengerusi PASTI Besut, Syazani Abd Razak berkata keselesaan pelajar-pelajar PASTI amat penting bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
“Keselamatan para pelajar juga akan lebih terjamin dengan adanya berbagai kemudahan apabila siap kelak, ” jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.
Menurut Syazani, PASTI berkenaan yang merupakan bangunan dua tingkat, belum siap sepenuhnya walaupun telah memakan masa hampir dua tahun pembinaannya.
“Tingkat bawah kita akan buka selepas Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) nanti, manakala tingkat atas, masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk menyiapkannya dan kita masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk disiapkan,” jelasnya.
Beliau turut memberitahu selain itu PASTI Nurul Hidayah, Lubuk Kawah juga telah dimulakan kerja-kerja mengali tapak.
” PASTI yang ketiga adalah PASTI An Nadhoh, Seberang Jerteh, yang pembuat pembinaan baru iaitu sedang memasang atap yang juga memerlukan sumbangan,” ceritanya.
Manakala, katanya lagi PASTI Luqman Al Hakim, Dengir yang belum memulakan sesi persekolahan tetapi sedang di dalam pembinaan bangunannya
Tambahnya lagi, setiap bangunan yang dianggarkan menelan kos perbelanjaan sekitar RM300, 000 hingga RM500,000.
Beliau seterusnya mengajak orang ramai untuk menyumbang ke akaun
Maybank 563046322058, Bank islam 13035010053155 dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi bendahari PASTI, Zulkifli Abdullah, 01110703149.
Maybank 563046322058, Bank islam 13035010053155 dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi bendahari PASTI, Zulkifli Abdullah, 01110703149.
Ulasan