Kuliah Dhuha Presiden PAS Kembali Dalam Masa Terdekat


Oleh : Aziz Hambali

MARANG, - Semua pencinta ilmu pasti ternanti-nanti 'Kuliah Dhuha Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berlangsung secara bersemuka di dalam masjid setiap minggu pada hari Jumaat.

Pengerusi Masjid Rusila, Muhammad Azri Abdul Aziz berkta, pihaknya sedang menunggu kelulusan dan kenyataan rasmi daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Terengganu (MAIDAM) berkenaan perlaksanaan majlis ilmu mingguan itu.

"Sekarang kita sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan. Hari ini kita sudah boleh solat jumaat secara berjemaah dengan pematuhan Standard Operation Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Buat masa sekarang tiada aktiviti-aktiviti kuliah di masjid. Cuma, kita hanya bersedia dari masa ke masa untuk tindakan kami", jelasnya ketika ditemui semalam.


Dalam perkembangan sama, walaupun kelas pengajian tersebut dibuat cara atas talian selama tempoh PKP namun, masyarakat tidak puas karana mahu meneri ilmu secara berdepan atau 'bertalaqi'.

Seorang ahli jemaah masjid Muhammad Uzair Farhat Baharuddin, 23, berkata, beliau 'rindu' untuk menatap wajah Ahli Parlimen Marang itu.

"Hajat saya tidak kesampaian apabila tidak dapat menatap wajah guru apabila menuntut ilmu. Kebiasaannya apabila selesai kuliah dhuha, saya akan mencium tangan Ayah Chik sebagai tanda hargai dan kasih pada guru,"ujar ketika ditemui selepas solat Jumaat.

Sementara itu,  seramai kira-kira 1000 orang hadir menunaikan solat mingguan pertama yang diadakan sejak PKP dilaksanakan sejak 16 Mac 2020.

Ulasan