PAS Terus Menabur Bakti


KUALA TERENGGANU - PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam terus menabur bakti, menyantuni masyarakat dengan program ziarah yang dianjurkan dengan kerjasama Intitut Modal Insan Terengganu (i-MiTS).


Menurut Pengerusi DUN, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, ziarah yang diadakan adalah merupakan satu amanah bagi menyelesaikan segala masaalah dan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.

Wan Sukairi yang merupakan wakil rakyat di DUN berkenaan turut berkata program ziarah dua kali seminggu yang diadakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah kesinambungan dari program yang diadakan selama ini.

"InsyaAllah bagi pihak PAS Wakaf Mempelam, segala maklumat sakit demam masyarakat adalah menjadi tanggungjawab Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk memaklumkan kepada Lajnah Kebajikan PAS serta Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS.

Dari sini kita akan bergerak ke setiap rumah sebagaimana maklumat diterima bersama Pengerusi MPKK dan ahli komuniti lainnya.

Diharap kita dapat menjaga kebajikan pengundi sebaiknya tanpa mengira latar belakang politik." tegasnya yang juga Pengerusi Belia, Sukan dan Ngo Negeri.

Wan Sukairi juga melahirkan rasa syukur dapat melihat dan mendengar sendiri denyut nadi rakyatnya ketika PKP sedang dihadapi.

"Alhamdulillah bulan June ini sahaja kita sudah turun ke 8 MPKK dengan  hampir 40 buah rumah telah diziarahi.

Kita mematuhi sebaiknya SOP yang ditetapkan dalam menjaga penyebaran wabak Covid19 ini."ujarnya ketka ditanya wartawan.

Berkaitan, Pengerusi MPKK Kg Pulau Rusa, Ismail Musa menganggap program diadakan sangat baik dalam mendekatkan YB bersama masyarakat yang diuji dengan pelbagai masaalah.

"Di sini kita melihat bahawa YB  begitu prihatin dan mengambil berat hal hal pengundi dengan penuh mesra.' ujarnya penuh kepuasan ketika ditemui.

Ulasan