Pengambilalihan Israel Akan Menjadi Pengisytiharan Perang



Pengambilalihan (annexation) yang dirancang oleh Israel terhadap beberapa bahagian di Tepi Barat merupakan ‘perisytiharan perang’, keatas warga Palestin


"Hamas menganggap keputusan ini sebagai pengisytiharan perang terhadap rakyat Palestin. Hamas akan menjadi penjaga yang setia dan taat terhadap rakyat sepanjang perang ini, bertindak untuk membela rakyat kita, tanah kita, dan tempat-tempat suci kita.

“Kami akan membuat musuh menggigit jarinya sebagai penyesalan atas keputusan berdosa ini, ” kata jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam, dalam satu ucapan, akhir minggu lalu.

Bertindakbalas atas kenyataan tersebut, Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz didakwa telah memberi amaran kepada pemimpin Hamas.

"Saya cadangkan mereka ingat bahawa mereka akan menjadi yang pertama yang membayar sebarang serangan," katanya semasa upacara untuk graduan kursus juruterbang tentera udara.

Beliau turut mendakwa dan nakut-nakutkan Hamas dengan memuji diri sendiri.

"IDF adalah tentera terkuat di rantau ini dan harga untuk sebarang percubaan untuk menyakiti orang awam Israel akan menjadi kuat dan menyakitkan." Tmbah Benny.

Rencana pengambialihan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang dijadualkan akan dilancarkan seawal 1 Julai, telah menimbulkan kritikan antarabangsa yang meluas.

Namun perbatasan Israel yang tidak stabil dengan Gaza masih agak sunyi.

Sementara itu, tunjuk perasaan telah diadakankan di Jalur Gaza menentang rancangan tersebut dan sebuah roket telah ditembak ke Israel minggu lalu.


Ulasan