Setelah ulamak PAN dengan ulamak PAS kerana tidak diiktiraf oleh Kesatuan Ulamak Sedunia dalam pemilihan KUIS, walaupun mereka telah berusaha sedaya upaya.
Bila Pan dapati mereka ditolak mentah-mentah di Kelantan dan Terengganu, negeri-negeri yang mana rakyatnya menjadikan agama sebagai asas pemilihan.
Walau sesudah mereka mendakwa mereka adalah pembawa obor legasi almarhum TGNA.
Mereka juga kalah dengan rekod bersih pemerintahan dengan Terengganu dan Kelantan tiada kes rasuah, tetapi mereka sudah beberapa kes ditahan reman bagi siasatan.
Setelah gagal menepis hakikat yang mereka menjadi khadam DAP.
Setelah kelihatan begitu bodoh dipermainkan Tun dan masih tidak serik-serik.
Setelah Arif, pasukan pemuda mereka yang mahu menggantikan Jabatan Amal Malaysia, keluar baris, sampai sekarang, tak masuk-masuk baris. Dah tiga empat tahun dah tak nampak Arif ni.
Setelah Pengerusi Pan Terengganu tanya apa peranan Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah, ditengah-tengah sekatan perjalanan antarabangsa, ketika orang semua nampak beliau samada di Masjid Rusila atau di Putrajaya.
Setelah lima kali berturut-turut kalah PRK dan yang keenam hilang telur nak bertanding untuk mandat rakyat.
Setelah Rahmatan lil Alamin tidak ketahuan apa dah jadi.
Mereka kini mahu bangkit. Bangkit dari segala kekalahan yang memalukan. Bangun dari hal yang memualkan. Mereka mahu menang.
Mereka berusaha untuk menang. Mereka seperti yakin mereka akan menang. Bagaimana caranya mereka akan menang melawan PAS?
Setelah dua Ketua Pemuda Pan gagal menyerlah, seorang tersengih bagi kerang busuk bila ditegur Speaker Dun Selangor kerana selalu berbaju melayu di Sidang Dun.
Seorang lagi meletakkan Piala Malaysia di celah kelangkang dan kemudiannya keluar Pan setelah Perak jatuh. Jadi bagaimana mereka mahu menebus semua itu?
Ya, dengan membelasah budak-budak PASTI. Inilah cara paling ampuh untuk menang. Saiz yang padan dengan Pemuda Pan. InsyaAllah. Tetapi kalau kalah jugak dengan budak-budak PASTI, tak tahulah.
Come on Pan, you can make it....go Pan go...!!!
Sasaran selepas ini, Ameerah..
Mohd Nasir Abdullah
9 Julai 2020
Ulasan