PAS Kijal Gerakkan Jentera PRU15

Hj Bidin Sulong (kiri) menyerahkan Dokumentasi Bilik Operasi kepada Ketua UDM Bukit Kemuning Hj Zabidin Awang

Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN - PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal mengerakkan jentera pilihanrayanya bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 15.


'Task Force' Bilik Operasi PAS DUN Kijal yang diketuai oleh Haji Bidin Sulong turun ke setiap Unit Daerah Mengundi (UDM) di seluruh DUN Kijal bagi memantau persediaan tersebut.

"Kami turun bagi memastikan setiap UDM di Kijal ini bersedia dari segi jentera dan prasarana dalam menghadapi PRU nanti," katanya.

"Selepas ini kita akan turun lagi dengan arahan dan aktiviti agar momentunnya berterusan sehingga ke tarikh mengundi kelak," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bilik Operasi UDM Telok Kalong kelmarin bersama ahli jawatankuasanya.

Pada masa sama, Setiausaha PAS DUN Kijal Haji Adnan Mohamad menyatakan kepentingan Task Force tersebut diwujudkan.

"Task Force ini diwujudkan bagi merangka dan mengimplimentasikan apa yang dirancangkan dan merancakkan kembali aktiviti di bilik operasi samada di DUN maupun di UDM," ucapnya.

Beliau yang juga selaku Setiausaha Task Force tersebut mengharapkan kerjasama dari semua pihak bagi menjayakannya.

Ulasan