PASTI Perlu Kreatif


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN - Para guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) perlu kreatif bagi memberi gambaran mengenai suasana baru kepada anak-anak mengenai pembelajaran dalam
norma baru.


Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, berkata kerana ianya sudah tentu sukar difahami anak-anak mengenai perkara berkenaan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Supaya anak-anak ini mendapat maklumat yang boleh mereka fahami kenapa penting menjaga diri dengan kerap mencuci tangan, dan berada didalam keadaan dijarakkan antara satu sama lain, “ ujarnya.

Beliau berkata demikian sejurus meninjau kelima-lima PASTI didalam DUN Bukit Besi yang mula beroperasi, pada Ahad 5 Julai.

Hasil tinjauan dilakukan beliau juga katanya, turut didapati para pelajar dilihat sedang menyesuaikan diri menghadapi situasi berkenaan, pasca Covid-19 yang melanda dunia.

“Juga kita melihat anak-anak comel ini masih lagi tiada ‘mood’ untuk Kembali belajar setelah sekian lama bercuti. Insya-Allah kita cukup yakin dan percaya dengan guru PASTI yang dimiliki pastinya tahu dan terlatih serta tahu bagaimana mewujudkan suasana pembelajaran Kembali menarik,” jelas beliau.

Bagi Guru PASTI Nur Hidayah Felda Jerangau, Satina Azma Zakaria menganggap bahawa situasi berkenaan agak mencabar.

“Kita istilahkan sebagai satu cabaran baru, kerana disamping kita berusaha bagi memastikan Prosedur Operasi Standart (SOP) dapat dijayakan dengan berkesan, kesukaran juga turut kita alami bagi memastikan mereka tetap menimba ilmu dengan baik dan juga menimbulkan suasana yang cukup seronok.

“Walau bagaimanapu, perkara ini lama kelamaan akan menjadi kebiasaan, semoga Covid 19 akan dilenyapkan oleh Allah serta suasana Kembali normal.

“Bagi saya dapat Kembali mengajar ini setelah sekian lama terpaksa berada di rumah suatu keseronokan, kerana jiwa mendidik didalam diri saya agak menebal,” ujarnya.

Ulasan