Oleh : Noreni Abu Bakar
DUNGUN - Pilihan Raya Umum kali ke-15 akan diadakan seberapa segera untuk 'nyahkan' Pakatan Harapan(PH) dari persada politik tanah air.
Menurut Naib Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani, ianya bertujuan untuk mengukuhkan politik negara.
"Kalau boleh biar Perikanan Nasional(PN) pegang politik negara dan tidak membenarkan PH mengacau di semua peringkat," ujarnya.
Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan(DUN) Rantau Abang itu juga, bercakap demikian di Majlis Pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Unit Daerah Mengundi(UDM) Gong Pasir di sini pada 5 Julai.
Katanya, dijangka PRU akan diadakan pada September selepas Parlimen bersidang bulan Julai nanti.
"Ini tidak mustahil, walaupun paling lama tidak akan lebih tiga atau empat tahun lagi,"
Beliau berkeyakinan PN mampu memerintah tanpa PH.
"Macam Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, pada PRU14 majoriti yang diperolehi hanya 5000 lebih tetapi semalam 12000 lebih, hasil kerjasama PN, PH tidak sanggup masuk bertanding.
" Tetapi dalam PN biarlah kita(PAS) menguasai, untuk menguasai kita kena kerja, Alhamdulillah DUN kita antara DUN terawal melaksanakan kemas kini gerak kerja untuk menghadapi PRU,"jelasnya.
Ulasan