Sinar Baharu Untuk Peneroka



KUALA TERENGGANU: Sambutan Hari Peneroka Felda 2020 yang disambut seluruh negara diharap dapat memberi sinar baharu bagi golongan peneroka dan generasi Felda dalam membina kehidupan yang lebih baik.


Perjuangan peneroka dalam membantu negara dan membina kehidupan yang lebih baik setelah berpindah dari kampung halaman mereka telah pun dirasai bersama.

Namun demikian menurut Setiausaha PAS Kawasan Besut, Shalahudin Jaafar, nasib peneroka harus terus dijagai dengan lebih baik lagi.

“Akhir-akhir ini, peneroka berhadapan dengan pelbagai isu termasuklah isu hutang penanaman semula yang tinggi, pendapatan bulanan yang merudum, perumahan generasi baru dan infrastruktur di kawasan Felda.

Proses pemulihan dan penstrukturan semula Felda harus diteruskan demi kepentingan ekonomi dan kebajikan peneroka dan generasi baru Felda." tegasnya yang juga ahli jawatankuasa Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Terengganu pada semalam 8 Julai.

Justeru, Shalahudin berharap kerajaan dapat menghapuskan hutang penanaman semula yang mencecah ratusan ribu yang merupakan bebanan kepada peneroka yang semakin lanjut usia.

‘Perumahan generasi baru yang tertangguh perlu dilaksanakan semula bagi memberi keselesaan kepada generasi yang tinggal di kawasan Felda.’ ujarnya penuh harapan yang kini menetap di Felda Tenang, Besut.

Ulasan