104 Korban Sepanjang Tiga Hari Tasyrik



KUALA TERENGGANU - Sebanyak 22 ekor Lembu dan 82 ekor kambing serta biri-biri telah dikorban sepanjang hari tasyrik di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah.

Mudirnya Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal menngucapkan syukur kerana ibadah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Alhamdulillah pada peringkat awal kita agak kesulitan sebab nak buat agihan hari,

"tapi setelah kita mendegsr taklimat dan pengumuman alhamdulillah kita dapat susun dengan baik," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui semalam,  pada 3hb Ogos, di sini.


Walaupun perancangan untuk menyembelih lebih banyak lembu korban namun  kata beliau, SOP yang telah ditetapkan menghadkan hanya 10 ekor sahaja.

“pada asalnya hari pertama kita nak lebih, tapi bila keluar pekeliling kita terpaksa agihkan hari pertama 10 ekor,

“hari kedua 10, 11 ekor dan kambing inshaAllah hingga hari ketiga korban di sini kita laksanakan 2 hari tapi oleh kerana PKP dan mematuhi SOP, kita laksanakan selama tiga hari alhamdulillah,” jelasnya.


Menurutnya program anjuran Maahad Tahfiz Darul Iman adalah dengan  kerjasama Masjid Jamek Tok Jiring dan MPKK Tok Jiring dan Banggol Tok Jiring.

Ulasan