Perutusan Hari Kebangsaan ke-63 Pesuruhjaya PAS Terengganu



UMMAH MERDEKA UMMAH PRIHATIN

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan kebangsaan, bulan kemerdekaan. Kira-kira sudah 63 tahun negara kita merdeka setelah berakhirnya gerakan imperialisme barat ke atas negara kita. Kita dapat lihat banyak pahit getir para pejuang tanah air terdahulu dibukukan dan menjadi filem untuk diambil iktibar oleh generasi kita hari ini. 

Umum tahu walau sudah 63 tahun kita merdeka, sisa sisa penjajahan masih lagi kuat dalam sistem pemerintahan negara kita. Penjajah dahulu memecahkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum dan ini mewujudkan jurang sosial yang amat jauh. Kesannya walau setelah 63 tahun merdeka kita masih berpecah dan tidak bersatu sebagai satu Ummah. Apa yang lebih menyedihkan ramai orang melayu islam berpecah mengikut acuan masing-masing.

Tidak dinafikan dalam tempoh 63 tahun ini, banyak usaha yang dibuat oleh Kerajaan, ahli politik, NGO dan orang perseorangan yang prihatin untuk menyatukan semua rakyat. Namun percayalah tatkala kita menuju ke arah bersatu padu pasti sahaja musuh-musuh tidak akan senang dan cuba mengagalkan usaha penyatuan ummah ini. 

Di sinilah pentingnya peranan Islam dalam membuka dan memerdekakan kita semua. Kerajaan Islam Madinah itu dibuka oleh Rasulullah SAW demi memerdekaan penyembah sistem berhala dan sistem manusia kepada sistem Islam yang ad-din dan menyembah Allah SWT. Usaha ini diteruskan pula oleh para sahabat sehingga empayar Islam berkembang pesat. 

Bukanlah Islam itu menjajah tapi memerdekakan, lihat sahaja akhlak Saidina Umar yang menolok ketika dipelawa untuk solat di sebuah gereja suci Kristian. Dengan alasan tidak mahu jika dia solat disitu akan menjadi asbab orang Islam bertelagah kerana ingin mengubah gereja menjadi masjid. 

Begitu juga kisah Salahuddin al-Ayyubi yang menyatukan umat Islam dan memerdekakan Baitul Maqdis. Tawanan perang boleh menebus diri dan bebas tanpa dibunuh kejam. Lihatlah berbeza sekali pendekatan Islam dengan cara tentera salib yang zalim dan membunuh dengan kejam semua orang Islam sebelum itu.

“Di atas runtuhan kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka.” [Dr.Burhanuddin Al-Helmy]

Malaysia ini bumi bertuah, kemerdekaan kita tanpa titisan darah. Mengambil tema Malaysia Prihatin marilah kita semua menghayati bulan kebangsaan ini dengan semangat patriotik sayangkan negara, agama dan bangsa.

Terima kasih kepada para pejuang terdahulu, hari ini Ummah Prihatin mula bersatu. Dengan berpaksikan Islam sebagai kiblat utama, PAS akan terus bersama dengan mana-mana pihak yang memberi keuntungan kepada Islam. Terus rapatkan saf dan dengan Izin Allah sistem pemerintahan Islam tulen akan kembali di bumi bertuah ini.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 63S

iSLAM MEMIMPIN PERPADUAN

31 Ogos 2020

12 Muharram 1442H


Yang benar,

YB Senator Dato’ Haji Husain bin  Awang

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Ahli Dewan Negara

Ulasan