PRU15; Hasrat PAS Kekalkan 'Status Quo'

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu meletakkan hasrat, mengekalkan 'status quo' kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi pada pilihan  raya umum (PRU) lalu.

Pesuruhjayanya Dato' Ustaz Husain Awang walau bagaimana pun akur dengan ketetapan, penentuan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang diputuskan oleh kempinan tertinggi. 

Oleh itu kata beliau, PAS telah pun membuat persediaan menghadapi apa jus keadaan di semua peringkat. 

"Kita bersedia  untuk berhadapan dengan pilihan raya pada bila-bila  masa. Atau adapun dari sudut pembahagian  kerusi, siapa yang nak bertanding, 

"ini semua adalah  tertakluk kepada keputusan  yang dibuat oleh pimpinan tertinggi parti yang terdiri daripada tiga parti tadilah iaitu PAS, BN dan Bersatu, " ujarnya 

Beliau yang juga anggota Dewan Negara berkata demikian selepas merasmikan penutup program permukiman Dewan Ulama Pusat, di sini pada Ahad. 

Menurutnya, pemilihan sama ada pilihan raya umum atau peringkat parlimen dijangka akan berlaku tidak lama lagi. 

"Ada telahan yang dibuat ianya akan berlaku paling awal sekitar  November akan datang datang ini. Ada sebut macam tu, Oktober,

"Ada juga mengatakan paling lewat  sekitar dalam Januari atau Februari akan datang," jelasnya. 

Justeru itu, beliau berharap agar semua pihak bertenang dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan menyerahkan urusan pilihan raya kepada pemimpin. 

"Cuma saya harapkan kepada ahli-ahli  kita kesemua parti, ahli-ahli PAS, ahli-ahli Umno  dan BERSATU kalau ada di negeri Terengganu ini, 

"kita harap supaya yakin kepada kedudukan yang ada inilah peluang  yang terbaik bagi kita mengembalikan semua maruah  bangsa dan mempertahankan agama kita, insya Allah," tegas beliau. 





Ulasan