Tiga Amalan Terus Istiqamah Dalam Perjuangan Islam

 oleh : Aziz Hambali

MARANG, 9 Ogos - Setiap amalan akan membawa kebaikan-kebaikan yang tersendiri. Terserah kepada bagaimana seseorang itu mengamalkannya. 

Timbalan Presiden PAS, YB Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man pada malam perasmiannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang telah memberi taujihat tentang tiga amalan supaya terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

"Tidak mungkin kita berjaya tanpa mengamalkan tiga amalan yang mesti dilakukan secara istiqamah",

Pesan beliau, yang pertama ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jangan memberi laluan kepada pihak musuh untuk mendekati kita dan hidu kekuatan kita,

Innamal A'malu Bil Khawatim “Sesungguhnya amalan-amalan (seorang hamba) itu tergantung pada amalan-amalan penutupnya.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.

Katanya lagi dalam ucapan yang penuh gilang gemilang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang (MDM) ialah bersabar. Kuatkanlah tahap kesabaran kita dalam melalui onak duri dalam melayari perjuangan ini kerana kita tidak tahu apa yang Tuhan sedang atur untuk kita. 

Akhir sekali ialah sebagai orang Islam. Kita hendaklah melakukan penyatuan umat. Jangan berpecah dari jemaah ini. Kita semua punyai perbezaan tetapi tidak bermakna untuk kita berpecah kerana disebabkan perbezaan yang kecil itu.

Turut hadir dalam majlis ucapan perasmian itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ulasan