30 Ogos 2020

Usah Gusar Pembahagian Kerusi PRU15 - Nik Amar

 


Oleh : Nooreni Abu Bakar
Gambar : Wan Amirullah Wan Mansor

DUNGUN – Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) mengingatkan kepada ahli parti itu, supaya tidak gusar tentang pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) nanti.

Ustaz Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara tersebut hanya kepimpinan di peringkat pusat sahaja yang boleh menentukannya.

“Kita tidak payahlah susah duduk memikirkannya, sayapun tak tahu, tugas kita, bekerja supaya PAS menang,” tegasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Kelantan berkata demikian ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dungun di Dewan Al-Husna, Darul Ansor di sini pada 28 Ogos lepas.

Nik Amar menambah, pilihan raya yang dijangkakan bulan November nanti hanya di peringkat Parlimen sahaja.

“Negeri-negeri tidak akan bubar, Kelantan dan Terengganu tidak akan bubar, negeri-negeri yang diperintahkan Perikatan Nasional tidak akan bubar, negeri-negeri yang diperintahkan Pakatan Harapan(PH) tidak berani bubar, bukan tidak mahu bubar tetapi tidak berani bubar.

“Kita mengira, kita ada dua tahun lagi, jadi lebih baik kita habiskan dua tahun, biar Parlimen bubar je dulu, tetapi kalau Parlimen bubar bulan lima atau bulan enam tahun depan, negeri-negeripun akan turut dibubarkan,” ujar beliau.

Tiada ulasan:

Bertanya, Sahihkan Atau Diam

  Beberapa hari ini riuh berkenaan pembahagian bantuan kepada rakyat. Untuk isu ini, kita tumpukan perhatian bagi negeri Terengganu sahaja. ...