Wahid Terkejut Ahmad Said Tuduh Tanpa Bukti

KUALA TERENGGANU – PAS menegaskan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan negeri tanpa sebarang bukti, tidak dapat diterima oleh rakyat negeri ini.

Pengerusi Assibiqun Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, beliau amat terkejut dengan ucapan ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said semalam.

Samada perkara yang dikemukakan itu adalah salah atau betul, beliau menyarankan, penyiasatan perlu dibuat atas segala tohmahan itu.

“macamana Mad Said boleh berani melemparkan pelbagai tuduhan? Pengalaman saya, dia tak boleh bercakap dalam Sidang DUN tanpa sebarang fakta,

“fakta kena jelas dan wakil lain sepatutnya boleh cabar dia, untuk cakap perkara tersebut diluar dewan (sidang DUN),” ujarnya mengulas perbahasan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, ketika ditemui hari ini.

Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu menambah, semua percakapan dalam Persidangan DUN adalah ‘kebal’ dari tindakan undang-undang.

“justeru Ahmad perlu menegaskan isu terbabit kepada pemberita di luar sidang, sekirangya beliau benar,” tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, sekiranya tidak ada wakil lain yang membantah, perkara yang disebut oleh mantan Menteri Besar itu, seolah-olah ia ‘benar’.

“tak berani nak tegur tak berani nak menafikan, mengapa ia boleh berlaku begitu (Dalam dewan yang mulia itu),” katanya

Namun begitu, beliau berkata, perangai ADUN Kijal itu memang tidak berubah sejak mula-mula menjadi wakil rakyat.

“masa saya dalam dewan dulu, kalau fakta dibawa tidak betul, saya akan lawan, sampai Ahmad Said ajak ‘bergocoh’ pun tak apa, sampai ajak bertumbuk,” jelas beliau yang pernah menjadi wakil Wakaf Mempelam sejak tahun 1990.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, persefahaman politik dalam ‘Muafakat Nasional’ tidak harus menjadi halangan dalam mendedahkan sesuatu kebenaran.

Manakala prinsip ‘politik matang dan sejahtera’ , kata beliau, tidak bermakna ahli-ahli Dewan senyap dan tidak menyanggah apa-apa yang dikemukakan sekiranya ia tidak betul.

“kita juga boleh menjadi penasihat kepada kerajaan dan yang keduanya kitab oleh canggah apa perkara yang tidak betul dibawa oleh pembangkang," kata beliau.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/wvj0pRJ0kV8" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Ulasan