Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri(DUN) Wakaf Mempelam telah berjaya menyediakan sebanyak 27 periuk bubur asyura untuk diedarkan kepada orang ramai di DUN itu.
Timbalan Pengarah II DUN, Radzali A. Ghani berharap belum terlambat untuk pihak DUN mengadakan majlis tersebut memandangkan kebiasaan diadakan dalam bulan Muharam.
"Walaupun hari ini sudah 1 Safar, tetapi kita buat juga kacau bubur asyura, kerana kita tahu ramai masyarakat DUN kita tertunggu- tunggu bubur asyura DUN sampai ke rumah mereka",katanya berseleroh.
Radzali berkata demikian di dalam ucapan ringkasnya di Majlis Kacau Sughe Perdana di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Wakaf Mempelam di sini pada 19 September lepas.
[caption id="attachment_83073" align="alignnone" width="1000"] Sauji berdiri di sebelah kanan[/caption]Sementara itu, Ketua Komandan Amal Terengganu, Sauji Abdul Rasyid yang turut hadir meninjau gotong-royong tersebut berkata pihaknya menyusun program untuk Unit Amal turun mendekati dan merasa denyut nadi masyarakat.
"Bersama mengajar masyarakat untuk peduli antara satu sama lain dalam menjadikan Terengganu bukan saja maju, berkat tetapi hidup dalam suasana sejahtera yang diterjemahkan dalam kehidupan harian," ujarnya.
Ulasan