Ahli dan penyokong PAS Sabah tenang dan sabar menghadapi 'sepak terajang' karenah parti-parti dan kecamuk para politikus Sabah, menjelang penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Kali Ke-16. Aktivis dari Putatan, Arwan berkata, parti Islam itu mempunyai potensi untuk bersaing pada beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN).
"Tanjung Keramat dalam Parlimen Putatan, Pintasan Parlimen Kota Belud, Merotai Parlimen Kalabakan, Sungai Sibuga Parlimen Batu Sapi,
“tak dapat kepastian lagi, tunggu pimpinan umum," ujarnya.
Menurut beliau, jentera PAS di kawasan terbabit sudah sedia untuk 'bersilat', meneruskan kempen dan dakwah, dalam pertempuran yang 'berbeza' pada kali ini.
Sementara itu, aktivis Muslimat dari Kota Kinabalu, Wahyuna berkata, lebih enam DUN yang telah disenarai pendek, menjadi sasaran Badan Perhubungan PAS Negeri.
"Oh, kami 'standby' ja mana-mana kerusi yang perlu ditandingi, sementara ini kami tunggu keputusan pembahagian kerusi oleh Perikatan Nasional (PN) Negeri," katanya.
"PAS negeri ada senarai pendek diantara enam hingg 10 kerusi, belum muktamad lagi ni," tambah beliau, walaupun Pengerusi Umno telah pun membuat pengumuman calon-calon partinya.
Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi BN Sabah menyenaraikan 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan 26 September ini.
Hadir sama pada majlis yang diadakan di sebuah hotel itu ialah Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor
Dalam pada itu, di pihak Pakatan Harapan (PH) Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan rakan sekutunya DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UKO) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan seramai 66 calon yang akan bertanding.
"Hari ini hanya calon WARISAN, DAP, AMANAH dan UPKO yang diumumkan manakala calon PKR akan diumumkan sendiri oleh pengerusinya.
"DAP dan AMANAH setuju menggunakan logo WARISAN pada pilihan raya ini., UPKO akan menggunakan logo sendiri kerana sebagai parti tempatan, mereka perlu diberi ruang," kata Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pada Khamis.
Sehubungan itu, sumber Jabatan Pilihan Raya PAS menyatakan, parti itu ‘menuntut’ 10 kerusi dari PN bagi menghadapi pilihan raya ‘mengejut’ Negeri Di bawah Bayu itu.
Namun begitu, telah ada pertindihan kerusi yang diminta PAS apabila Bung mengumumkan calonnya lebih awal.
“setakat ni belum dimuktamadkn lagi, yang kita bersiap untuk bertanding, nampaknya Umno dah senaraikan untuk bertanding,
“kalau ikutkan, masih berurusan lagi bab kerusi, sebab yang dibentang oleh Bung tu, macam tidak sepakat juga dengan ‘Umno Musa Aman’ dan ‘Umno Dahalan’,” menurut sumber tersebut.
PRN Ke-16 diadakan berikutan Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ekoran krisis politik yang menonjolkan persaingan kuasa antara Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.
Situasi politik Sabah mulai panas apabila pada pertengahan Jun, dua Adun blok kerajaan diterajui Warisan Sabah daripada Upko iaitu Datuk Limus Jury dan Datuk James Ratib mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menjadi Adun bebas yang menyokong Perikatan Nasional.
Sedangkan, menurut analisa pemerhati, kedua-dua Shafie dan Musa berhadapan dengan defisit kepercayaan daripada rakyat Sabah.
Mungkin sebab itu, Bung Moktar tidak meletakkan Musa dalam senarai calon Umno-BN yang dimumkan semalam.
Pada masa yang sama, Bung dan isterinya Zizie Izette A Samad, sedang menghadapi pendakwaan atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk FELCRA Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Ulasan