Ameerah Siap Siaga Hadapi PRU-15


KUALA TERENGGANU - Ameerah Malaysia yang menjadi wadah wanita muda Malaysia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya umum kali ke-15 lebih awal.


Ketua Pengarahnyanya Zuraida Md Noor berkata, kuasa undi orang muda adalah sangat penting  kepada lanskap politik negara.

“Golongan anak muda belia merupakan sebahagian agen perubah kepada corak politik negara kita, Malaysia hari ini.

“Dengan undi dan kuasa mereka, telah membawa kepada pertukaran tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang begitu memberi kesan kepada rakyat seluruhnya,” ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, golongan belia khususnya wanita muda perlu peka, menjelang dengan pendaftaran pemilih secara automatik, pengundi 18 tahun yang akan dilaksanakan pada Julai 2021.

Oleh itu, Zuraida yang juga Pengarah Ameerah negeri Terengganu menyeru agar anak-anak muda membuat persiapan politik, mental dan fizikal serta mendaftar sebagai pengundi.

“golongan ini mesti diberikan pendidikan politik yang sebenar dan para pemimpin parti politik tharus memberikan perhatian dan fokus kepada golongan ini,

“Kami akan meneruskan gerak kerja membina kesedaran kepada anak muda terutamanya wanita dalam memastikan golongan ini daftar mengundi jika jika  memenuhi syarat,” tegasnya.

Justeru katanya, Ameerah yakin dan konsisten dengan agenda PAS dalam arus politik nasional dan mendekati anak muda dengan pelbagai program dan aktiviti yang dirangka.

“Antaranya program-program lapangan, menyantuni golongan anak muda selain wawancara berkenaan politik anak muda,” tambahnya.

Sehubungan itu, ADUN Wanita Terengganu itu juga menyeru agar orang muda tidak terpengaruh dengan sebarang elemen yang memperalatkan mereka untuk tujuan politik peribadi.

“Timbul juga polemik untuk menubuhkan parti politik baharu, dengan alasan parti sedia sudah tidak relevan dan tidak menepati cita rasa politik yang anak muda hari ini  inginkan,

“anak-anak muda perlu sedar kesatuan dan muafakat terutamanya kepada Melayu Islam adalah amat perlu kepada masa depan agama, bangsa dan negara,” jelasnya.


Ulasan