Hamas menggesa keras, agar Israel menamatkan sekatan yang sekian
lama telah menyeksa penduduk Gaza, secepat mungkin.
Ketua Politiknya Ismail Haniyeh berkata, ia adalah amat penting bagi mengembalikan
damai dan ketenangan di rantau terkepung itu.
“masalah utama Israel adalah hanya mewakili keganasan dan penaklukan serta
menolak rundingan bagi memnuhi tuntutan penduduk Gaza itu,” katanya dipetik
agensi Xinhua.
Haniyeh mengesahkan bahawa kepemimpinan gerakannya mengikuti komunikasi antara
Arab, orang tengah Eropah dan Israel untuk mengembalikan ketenangan di kawasan
pantai.
Menurutnya, pejuang Hamas akan menghentikan sebarang konflik, sebaik sahaja
Israel mengakhiri embargo terhadap semenanjung Gaza.
Dalam perkembangan sama, Haniyeh memuji peranan Mesir dan Qatar kearah
perdamaian dan menyeru PBB untuk berdiri bersama rakyat Gaza.
Israel telah mengenakan sekatan ketat di Jalur Gaza, yang merupakan rumah bagi
dua juta orang, pada pertengahan tahun 2007, menyebabkan kemerosotan keadaan
ekonomi dan sosial yang ketara.
Ulasan