07 September 2020

Istiqamah Sebagaimana Diperintahkan


Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU - Gelombang politik tanah air pada hari ini menuntut ahli dan penyokong PAS setiap peringkat  untuk terus istiqamah seperti mana yang diperintahkan


Ketua Ulama PAS Pusat Dr. Ustaz Nik Zawawi bin Nik Salleh berkata, mereka perlu patuh dan melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh pihak pimpinan atasan.

"Semua jentera di semua peringkat hendaklah terus istiqamah dalam menghadapi situasi politik yang mutakhir.

"Berpegang dan taat pada arahan pimpinan tanpa ragu- ragu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Mujahidah Dewan muslimat PAS  Kawasan Kuala Terengganu di sini pada Sabtu, 5 September.

Menurutnya, tugas yang berat perlu digalas oleh para muslimat bagi mempertahankan kemenangan pada waktu ini dan akan datang.

"Kita melihat muslimat terus melaksanakan amanah yang di beri dengan baik dan istiqamah," katanya.

Sementara itu, Ketua muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu, Shamsiah Abu Bakar berkata, mereka sentiasa bersemangat dan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi apa jua keadaan yang berlaku.

'Kita yakin muslimat Kuala Terengganu yang  hadir hari ini sudah bersedia untuk menghadapi pru yang akan datang," kata beliau.

Beliau menambah, program yang bertemakan hijau putih ini menjadi lambang kekuatan muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu.

Seramai 250 orang mujahidah kawasan Kuala Terengganu yang hadir dalam program tersebut.

Tiada ulasan:

Bertanya, Sahihkan Atau Diam

  Beberapa hari ini riuh berkenaan pembahagian bantuan kepada rakyat. Untuk isu ini, kita tumpukan perhatian bagi negeri Terengganu sahaja. ...