Muslimat Terengganu Optimis Realisasikan Hasrat Nuridah



Oleh : Nooreni Abu BaKAR

KUALA TERENGGANU - Muslimat Terengganu optimis dapat merealisasikan hasrat Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang mahu melihat agar muslimat sentiasa meningkatkan prestasi kepimpinan dalam kalangan masyarakat.

Ketuanya, To' Puan Hajah Zarani Othman berkata, dengan sokongan dan dokongan daripada kepimpinan utama parti PAS dan seluruh peringkat, ia akan menjadi kenyataan. 

"Saya yakin, insya Allah ianya dapat direalisasikan, ditambah lagi dengan keyakinan diri yang jitu dan persiapan yang 'itqan'(bersungguh-sungguh) dan rapi," ujarnya. 

Hajah Zarani berkata demikian sebagai mengulas  ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60, ketika dihubungi di sini pada 13 September yang lalu. 

Beliau menyifatkan ucaptama itu sebagai mantap dan penuh bersinergi dan Muslimat bersedia meningkatkan  kualiti pemikiran, budaya, iman dan akhlak kepimpinan. 

"Disamping memastikan kualiti dan kredibiliti muslimat PAS sebagai kepimpinan dalam membantu kerajaan yang memerintah dalam pelbagai bidang," jelasnya. 

Justeru katanya, Muslimat PAS mesti berani dan berketrampilan  dalam memberi  dan menyuarakan pandangan dan idea-idea yang kritis dan kreatif bagi memajukan masyarakat khususnya memartabatkan wanita Malaysia.

Ulasan