01 September 2020

Semaikan Cinta Negara Pada Usia Awal

 


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Kanak-kanak hari ini adalah generasi yang akan memimpin negara di masa depan,  sewajarnya disemai perasaan menyintai tanah air pada usia seawal mungkin.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, mereka yang telah diberi pendedahan itu akan menjadi warganegara yang menghargai kemerdekaan, apabila besar kelak.

Anak-anak yang terdidik itu, menurutnya, akan memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara.

"Mereka tidak akan melakukan hal-hal yang boleh mengkucar-kacirkan hubungan sesama masyarakat dan memusnahkan negara seperti terlibat dengan gejala yang tidak sihat," katanya.

Beliau yang juga ADUN Kawasan tersebut, berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Pra-Kemerdekaan PASTI di sini pada 29 Ogos. 

Majlis itu diserikan dengan pelbagai acara menarik mendapat penyertaan menggalakkan daripada daripada para pelajar dan ibu bapa, antaranya Pertandingan Mewarna, Pakaian Beragam dan Pertandingan Memasak.

Cikgu Alias turut mengingatkan para hadirin, kemerdekaan sebenar adalah merdeka daripada melakukan kekufuran kepada Allah dan meninggalkan perbuatan maksiat. 

"Merdekakan diri daripada menjadi hamba hawa nafsu dan syaitan yang boleh menyebabkan kita jatuh di dalam kebinasaan, masuk neraka. 

"Marilah kita sentiasa suburkan iman kita, didik diri, anak-anak dan keluarga agar sentiasa patuh perintah Allah, " pesan beliau.


Tiada ulasan:

Bertanya, Sahihkan Atau Diam

  Beberapa hari ini riuh berkenaan pembahagian bantuan kepada rakyat. Untuk isu ini, kita tumpukan perhatian bagi negeri Terengganu sahaja. ...