12 September 2020

Umat Islam Perlu Lebih Sensitif


 Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT - Umat Islam di Malaysia diseru supaya lebih sensitif apabila melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan agama. 

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Nik Zawawi Salleh melahirkan rasa dukacita kerana umat Islam lebih suka berdiam diri tanpa berbuat apa-apa apabila agama Islam dan alim ulamak dihina dan dipermainkan. 

“Pelbagai perkara dan provokasi telah dibuat oleh musuh-musuh Islam bagi melemahkan umat Islam khususnya di Malaysia. 

“Malah ada di antara umat Islam sendiri yang memburuk-burukkan agama Islam bersama dengan golongan kafir, " tegasnya. 

Beliau berkata ketika menyampaikan kuliah dhuha di Medan Ilmu Jerteh, Besut pada 11 September 2020.

Katanya, orang-orang kafir bersatu padu dan cepat mengambil bahagian dalam isu-isu yang sensitif dengan menyerang agama Islam.

Tiada ulasan:

Bertanya, Sahihkan Atau Diam

  Beberapa hari ini riuh berkenaan pembahagian bantuan kepada rakyat. Untuk isu ini, kita tumpukan perhatian bagi negeri Terengganu sahaja. ...