Bantu Anak Yatim Jadi 'Hufaz'


Oleh : Noreini Abu Bakar

DUNGUN - Dengan tertubuhnya Pusat Tahfiz Anak Yatim Darul Ansor (Maahad Al-Fajar) di Pusat Tarbiah Darul Ansor dapat membantu anak-anak yatim menjadi seorang 'hufaz'.

Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Dungun, Ustaz  Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata, tempat pengajian ini akan beroperasi sementara sebagai asrama di rumah dua tingkat di Jalan Melati. 

" Memandangkan tempat yang tidak mengizinkan, pengambilan pertama untuk 2021  terhad kepada empat orang satu Dewan Undangan Negeri(DUN).

"Dan terbuka kepada pelajar lelaki yang berumur antara sembilan hingga 12 tahun pada tahun depan," jelasnya. 

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu ditemui di pejabat DUN Rantau Abang, pada semalam.

Menurutnya, para pelajar yang terpilih akan mengikuti jadual persekolahan harian di sekolah berdekatan dengan asrama tersebut. 

"Kita akan mulakan tahun depan sebab tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka untuk melakukan proses pertukaran sekolah di saat sesi persekolahan untuk tahun ini sudah di penghujung," ujarnya. 


Ustaz  Jamaluddin menambah, tapak asal pusat tahfiz tersebut bakal dibangunkan di Pusat Tarbiah Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah. 

"Apabila siapnya bangunan 'maahad' tersebut pengambilan akan dibuka kepada pelajar-pelajar perempuan," katanya. 

Beliau menyeru kepada orang ramai yang cintakan ilmu untuk sama-smaa menyumbang agar hasrat anak-anak yatim yang bercita-cita untuk menjadi 'hufaz' menjadi kenyataan. 

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Maybank, Jawatankuasa Surau Darul Ansor Dungun yang bernombor 563091028255.

Ulasan