Drama Anwar, Cipta Krisis Demi Populariti


KUALA TERENGGANU, 13 Oktober – Pengumuman Istana Negara tengah hari tadi membuktikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bersandiwara dan mencipta krisis bagi mengangkat populariti diri.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor, drama sama pernah berlaku pada 16 September 2008 dan kali ini Anwar sekali lagi mengulangi lakonan dengan mendakwa dirinya sudah mendapat sokongan lebih 120 ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak yakin beliau mempunyai angka yang cukup unu menngakat dirinya sebagai Perdana Menteri, sebelum sudah banyak sandiwara dilakukannya, langkah-langka sebelum ini sudah cukup membuktinya beliau hanya suka berdrama

“Pendekatan yang beliau ambil itu tidak lebih hanya mahu memastikan dirinya popular atau kekal disebut orang ramai dlam dunia politik, ini sesuatu yang tidak bagus dan sebenarnya menampakkan dirinya kemaruk kuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Dr Riduan, sikap terdesak Anwar itu bukan sahaja menyebabkan rakyat muak dengan gaya politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi turut menjejaskan ekonomi negara.

“Kita lihat sebelum daripada ini, apabila Anwar membuat dakwaan beliau mempunyai majoriti, graf saham terus menjunam.

“Di samping, Anwar dilihat seolah-olah tidak peduli akan krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia, sebaliknya lebih suka merebut kuasa,” tambah Dr Riduan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi menghadap itu Yang di-Pertuan Agong telah memberi nasihat kepada Anwar.

"Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

"Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Ulasan