Oleh : Norhayana Ismail
MARANG – Seorang jemaah surau terkejut apabila melihat tiga ekor lembu mati bergelimpangan di tepi jalan berhampiran Surau Tokki Rosdi(STR).
Pengerusi STR, Junaidi Daud tidak dapat mempastikan bagaimana kejadian itu berlaku kerana tiada sebarang kenderaan yang ditemui di kawasan tersebut.“Saya datang untuk solat subuh dan melihat dua bangkai lembu berada di tepi jalan masuk ke surau dan seekor lagi di seberang jalan”, katanya.
Junaidi yang ditemui ketika menunggu jengkaut untuk memindah dan menanam bangkai-bangkai lembu tersebut di sini pada pagi semalam.
Beliau berharap agar mereka yang ada memelihara haiwan ternak seperti lembu atau kambing supaya menjaga sebaiknya peliharaan tersebut.
“Jika dibiarkan berkeliaran banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat umum,” tambahnya lagi.
Ulasan