Macron Kata Islam Dalam Krisis


Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah melancarkan serangan terhadap Islam dan  mempertahankan nilai-nilai sekular. 

Beliau meniupkan kebencian menggelar Islam satu agama radikal dan sedang mengalami krisis di seluruh dunia. 

Dalam ucapan yang dinanti-nantikan pada hari Jumaat, Macron menekankan "tidak ada konsesi" akan dibuat dalam usaha baru untuk mendorong agama keluar dari sektor pendidikan dan awam di Perancis.

"Islam adalah agama yang sedang dalam krisis di seluruh dunia hari ini, kita tidak hanya melihat ini di negara kita," katanya.

Dia mengumumkan bahawa pemerintah akan mengemukakan rang undang-undang pada bulan Disember untuk memperkuat undang-undang tahun 1905 yang secara rasmi memisahkan gereja dan negara di Perancis.



Ulasan