Muslimat PAS Tingkatkan Kecaknaan Wanita B40


Oleh : Fatimah Din

KUALA TERENGGANU - Muslimat PAS  Marang diseru agar lebih giat lagi memberi sumbangan dan  tingkatkan kecaknaan kepada golongan wanita terutamanya golongan yang berpendapatan B40.

Ketuanya, To' Puan Hajah Zarani Othman berkata, mereka sepatutnya mencuba sedaya upaya membahagikan masa untuk membantu masyarakat.

" Pelbagai program yang telah dirangka bersama mestilah dapat memenuhi banyak keperluan wanita pada masa kini," jelasnya.

<a href="https://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2020/10/IMG_20201018_193127.jpg"><img src="https://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2020/10/IMG_20201018_193127-1024x768.jpg" alt="" width="696" height="522" class="alignnone size-large wp-image-83312" /></a>Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pemerkasaan Gerak Kerja Wanita Marang yang diadakan di sini semalam.

Zarani turut mengingatkan agar muslimat  di seluruh peringkat untuk bersama perbanyakkan munajat kepada Allah.

Katanya, agar Malaysia kekal aman, selamat dan terus dipimpin oleh orang yang betul-betul ikhlas ingin meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi.

Ulasan