14 Guru PASTI Terima Penghargaan

 


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - 14 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) di kawasan Dungun yang telah berkhidmat lebih daripada 25 tahun menerima penghargaan. 

Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata penghargaan tersebut adalah inisiatif daripada pihak PASTI Malaysia melalui skim kebajikan PASTI.

"Penghargaan ini adalah sebagai tanda pihak pengurusan PASTI amat menjaga kebajikan dan menghargai jasa guru-guru yang mereka sumbangkan sejak sekian lama. 

"Dewan Pemuda sentiasa cakna dan berusaha agar PASTI sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat. Kita juga percaya gandingan guru baru dan lama ini adalah ramuan terbaik diatas kejayaan yang dicapai oleh  PASTI Dungun," ujar beliau lagi.

Fadhli berkata demikian selepas mengunjungi guru-guru yang terpilih di PASTI Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang pada 2 November lalu.

Manakala di DUN tersebut, seramai empat orang guru PASTI   iaitu Normala Ali (PASTI Al Iman, Pulau Serai), Rokiah Ibrahim (PASTI Gong Pasir), Nora Husin( PASTI Al Ehsan, Batu Tiong) dan Huzaini Husin( PASTI Az Zahra, Seberang Pintasan) telah terpilih menerima hadiah penghargaan antaranya wang tunai dan hamper.

Ulasan