Ganti Kesal Dakwaan Fitnah Terhadap Exco Dan Kerajaan Negeri


KUALA TERENGGANU - Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) kesal dengan dakwaan sebuah laman berita yang memfitnah kerajaan dan Exco negeri Terengganu berkait Pembinaan Projek Kuala Terengganu (KT) ByPass.

Presidennya Wan Faizul Abas berkata, Ganti telah berjuang sejak tahun 2017 bersama-sama Jawatankuasa Bertindak Isu tersebut sehingga akhirnya, semua penduduk terbabit berpuas hati dan mendapat bayaran pampasan sebagaimana yang mereka hajati.

Oleh itu beliau menafikan sekeras-kerasnya berita yang disiarkan dan menyifatkan ia adalah usaha pihak musuh yang cuba memburuk-burukkan kerajaan PAS Terengganu.

“sebenarnya pemilik rumah seperti yang disebut sudah dibayar RM1.9 juta dan sejak kerajaan negeri diambil alih PAS kita telah mengusahakan pemilik tanah yang terlibat itu untuk dapatkan pampasan yang sepatutnya.

“Semua yang terlibat telah dapat sebanyak seratus peratus berbanding tiga pulu peratus pampasan yang sepatutnya,” jelas beliau ketika dihubungi, hari ini.

Wan Faizul menambah, mengenai rumah Haji Omar yang dinyatakan, kerajaan melalui Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah memberi notis sebanyak enam kali diantara tahun 2017 sehinggalah yang terakhir pada 24 September, 2020.

 Wan Faizul juga dimaklumkan, dalam tempoh tersebut, beberapa kali Haji Omar telah datang dan bertemu dengan Exco kerajaan YB Ustaz Wan Sukairi, meminta agar perobohan rumahnya ditangguhkan.

“Ustaz Wan telah berunding dengan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan perobohan rumah pihak Pejabat Tanah setuju untuk tidak merobohkannya lagi,

“sehingga surat terakhir yang dikeluarkan pada 27 September 2020, satu perbincangan diadakan di antara Pejabat Tanah dengan MPKK Tok Kaya dan Seberang Baruh supaya di maklum kepada Haji Omar agar berpindah kerana operasi akan dibuat pada 10 November 2020,” katanya.

Namun begitu, katanya, operasi itu tidak dapat jalankan kerana pelaksanaan PKPB pada 9 November lalu, perobohan hanya dibuat pada 16 November, 2010.

“hanya sebahagian struktir rumah yang dirobohkan, ertinya dah terlalu lama ditangguhkan dan telah dilayan kehendak beliau walaupun ia telah mengganggu pelaksanaan projek KT-Bypass dan ganggu gerak kerja serta lalu lintas orang ramai,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menggesa pihak-pihak yang terlibat dengan ‘fitnah jahat’ itu agar memohon maaf, dan betaubat kepada Allah SWT.

“semua bukti surat menyurat dan pembayaran ada dan begitu terang serta jelas, jadi jangan berbuat dosa setelah mendapat habuan jutaan ringgit,” ujar Wan Faizul.

Pihak kami mengesan, kedua-dua laman berita yang neyiarkan berita tidak benar itu, MALAYSIA Dateline dan daruliman.my, dikaitkan dengan individu yang aktif dalam Parti Amanah Negara.

Ulasan