Hadapi Isu Dengan ‘Pena Tajam’


Oleh : Fakru.C

SETIU – Pengamal media seperti anggota Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) berperanan penting dan bertanggungjawab menghadapi isu-isu dengan ‘pena tajam’ mereka.


Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mereka perlu menjelaskan sesuatu perkara dengan jelas dan matang.

“Sebagai pemberita, anda perlu ulas isu tersebut dengan perkataan jelas dan positif. Ini menunjukkan sifat hormat kerana jawapan yang kita mahu adalah mengikut mesej yang kita bentuk.

“Oleh itu, sebagai pengamal media dan mulut parti, kita harus mengamalkan nilai politik yang matang kerana hasil yang kita dapat akan berdasarkan apa yang ditulis,” tegasnya.


Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab pada di program ‘Retreat’ KAMI 2020, di Kekabu Inn di sini, Sabtu 7 November.

Oleh itu, Wan Sukairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri menyarankan agar, para pemberita media baru dan konvensional, mengelak daripada sebarang pertelingkahan dan salah faham.

“Allah menganugerahkan kita dengan keupayaan tinggi dalam penulisan, dimana dari karya kita juga boleh menyebabkan amalan datang datang percuma.

“Oleh itu, nilai pembelajaran sampai ke akhir hayat perlu diterapkan sebagai orang yang berjihad dengan mata pena atau ‘keyboard, dakwah boleh disebar dalam pelbagai bentuk,” jelasnya.

Ulasan