Laksanakan Amanah Semampu Mungkin


 Oleh : Wajihah Rosli

SETIU- Setiap jawatan yang dipegang samada di dalam parti, persatuan, kerjaya dan lain-lain lagi adalah amanah yang perlu dilaksanakan semampu serta sebaik mungkin.

Isteri Yang Dipertua PAS Setiu, Norazlin Farilah Hashim mengingatkan agar ianya tidak dipandang remeh.

“Jangan kita pandang ringan akan jawatan yang telah diamanahkan kepada kita kerana nanti akan disoal di akhirat kelak apa yang kita telah laksanakan dengan terpikulnya jawatan tersebut, ” katanya.

Beliau yang ditemui selepas Program Ziarah di Kampung Banggol, Permaisuri di sini pada 4 November.


Menurutnya, walaupun negara masih dibelenggu pandemik Covid-19, ziarah tetap dilaksanakan dengan mengamalkan budaya norma baharu.

“Kita hendaklah berusaha untuk melaksanakannya walaupun pelbagai halangan dan musibah melanda,” ujarnya yang turut mengunjungi Siti Fatimah Seman, aktivis Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang kini terlantar akibat serangan stroke dan pendarahan di kepala.

Turut menyertai ziarah tersebut ialah Timbalan Ketua Muslimat Setiu, Rohani Awang dan Ahli Jawatankuasa Muslimat Dewan Undangan Negeri(DUN) Permaisuri.

Ulasan