Pemuda PAS, Jabatan Amal Dungun Siap Siaga Hadapi Banjir

Ketua JAM Dungun, Tarmizi 

Oleh : Mohd Asyraf

DUNGUN - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim monsun timur laut yang melanda negeri ini.

Ketua DPPKD, Mohd Fadhli berkata, segala persiapan sudah siap untuk menghadapi fenomena musim monsun timur laut kali ini.

"Misi membantu mangsa banjir akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

"Mereka yang terjejas dengan covid-19 masih diberi perhatian.

"Kita akan segera turun ke kawasan kawasan yang dinaiki air memberi khidmat tanpa mengira latar belakang politik kerana ini melibatkan nyawa," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada semalam.

Ketua DPPKD, Mohd Fadhli 

Sementara itu, Ketua JAM Dungun, Tarmizi memaklumkan bahawa, pihak mereka telah melakukan persiapan dari setiap sudut sebulan lebih awal.

“Memandangkan musim monsun kali ini dijangka melanda kawasan Dungun, maka pihak kami telah melakukan persiapan lebih awal dari segi logistik, perbekalan, unit komunikasi, keselamatan dan lain lain lagi.

"Kita akan bergerak bersama pihak Jabatan Kerajaan dan sentiasa bersedia menunggu arahan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Tambah beliau, dalam situasi covid-19 sekarang, setiap perkara akan diperhalusi sebelum mengambil tindakan.

Sehubungan itu, pihak DPPKD dan JAM Dungun memohon sumbangan dari orang ramai untuk sama-sama membantu bagi melancarkan pergerakan sepanjang musim banjir ini. 

Ulasan