KUALA TERENGGANU - Jatuh bangunnya sesebuah negara itu, adalah terletak di tangan pemuda dan pemudi pada hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mamat berkata, mereka merupakan pelapis untuk memimpin pada masa hadapan.
"Tapi pada hari ini pula dikenali dengan generasi Y yang semakin hari semakin tidak memahami tujuan hidup mereka.
" Mereka lebih suka bersuka ria di kelab malam, terlibat dengan lumba haram, dadah, seks rambang, dan macam-macam perkara dah menjadi rutin dalam kehidupan mereka," jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.
Menurutnya, pada hari ini budaya barat seperti hedonisme dan liberalisme tidak henti meluru masuk dan berlegar-legar dalam negara yang membunuh jiwa serta meracuni jiwa anak muda.
"Mereka diburu pemikiran mereka apatah lagi hari ini WhatsApp, Facebook, Twitter dan sebagainya. Ada belaka depan mata.
"Dunia di hujung jari, sebab itu pemuda-pemudi pada hari ini semakin liar," ujarnya.
Hanafiah menambah, sekiranya tiada pertahanan daripada anak muda maka negara akan tersungkur dan musuh Islam mudah menyerang pada bila-bila masa.
Selain dari itu, kata beliau, tiada pelapis untuk mengantikan pemimpin yang sudah berjuang sekian lama.
"Hari ini saya cuba membawa balik dan motivasi serta mentarbiyyahkan mereka supaya bersama-sama dengan kami orang-orang lama bangun berjuang pegang bendera PAS.
"Bagi memastikan bahawa mereka memahami dan di tarbiyah dengan ilmu-ilmu agama supaya mereka sentiasa bersiap-siaga serta menjadi manusia yang mempunyai akidah yang kuat, mantap dan yang paling penting takut kepada Allah SWT," kata Hanafiah.
Justeru itu, beliau berharap agar mereka bersama-sama dalam jemaah Islam dan memastikan generasi inilah yang akan menyambung perjuangan nanti.
Ulasan