Oleh: Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Suasana sebak, pilu dan sedih menyelubungi ziarah Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) di tiga lokasi berbeza, diuji Allah dengan musibah yang meruntun jiwa.
Rombongan yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia(DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh itu telah mengunjungi keluarga Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, 19 yang ditemui mati di ruang tamu rumahnya juga turut bertandang ke rumah suspek kejadian menyayat hati itu serta menziarahi keluarga Nurul Amelia Ali,34 yang anaknya terjatuh dari tingkat limabelas di Flat Ladang Gemilang Satu, baru-baru ini.
Ustazah Nuridah juga mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada kedua ibubapa dalam menghadapi yang ujian besar itu.
“Moga roh Allahyarhamah Suria di tempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah jua,” katanya.
Beliau yang dihubungi selepas ziarah tersebut bersama- sama Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor dan Ketua Muslimat PAS Terengganu(DMPNT) To’ Puan Hajah Zarani Othman di sini pada Ahad, 8 November yang lalu.
Katanya, muslimat juga berharap agar Athirah(suspek) sekeluarga, diberi petunjuk Allah kepada sebaik-baik jalan dan penyelesaian di dalam segala hal.
Disamping itu, tambahnya lagi, sewajarnya peristiwa ini diambil ikhtiar dan pengajaran di dalam menjadi hamba-hamba yang sentiasa berada di jalan yang benar.
“Buat keluarga Siti Nur Amalia yang anaknya jatuh dari tingkat 15 juga, marilah kita doakan agar Allah memberi kekuatan dan kesabaran di dalam menerima segala takdir Allah,
semoga anak ini juga antara asbab kemasukan ibubapanya ke dalam syurga Allah,” ujarnya sambil menahan sebak.
Sementara itu, Zuraida pula meluahkan rasa sayu, sambil memberitahu, ahli keluarga mangsa masih dalam keadaan trauma terutamanya adik mangsa, orang pertama yang menemui mangsa tertiarap di ruang tamu rumah mereka dalam keadaan yang cukup menyayat hati.
“Sebak, sedih bila mendengar keluarga mangsa bercerita mengenai kejadian tersebut, Kak Da doakan mereka sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.
“Buat pengetahuan semua, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah memberikan perhatian berkenaan kes ini melalui kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional yang telah turun menziarahi baru-baru ini”, katanya lagi.
Ketua Ameerah Terengganu itu juga turut mengajak semua bersama-sama mendoakan agar mereka yang terlibat, dipermudahkan segala urusan dan mendoakan perlindungan buat semua rakyat Terengganu dari sebarang mara bahaya.
Sehubungan itu, To Puan Hajah Zarani pula memberitahu kunjungan Muslimat Terengganu bertujuan untuk sama-sama berkongsi rasa kesedihan dan pihaknya amat bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga-keluarga tersebut.
Semoga Nurul Amelia tabah dan redha dengan kehilangan anaknya, Adik Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul.
“Apa yang penting pada saya ianya adalah cabaran yang besar untuk kita membina keluarga dan masyarakat yang bahagia dan sejahtera serta mendapat keberkatan daripada Allah. Semua pihak termasuk DMPNT mestilah sama-sama bekerjasama dalam merealisasikan hal ini.
“Alhamdulillah, dalam kunjungan di rumah keluarga suspek, kami sempat bertemu dengan tiga orang pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Hulu Terengganu. Selepas kejadian hari itu mereka sering bertemu kedua-dua keluarga untuk memberi kursus kaunseling agar sabar dan terus tabah meneruskan kehidupan dengan bergantung kepada Allah,” terangnya yang turut mendoakan semoga kesemua keluarga yang terlibat diberi kesabaran, pertolongan dan petunjuk oleh Allah SWT.
Ulasan