Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU -Seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu diingatkan agar bersama berganding bahu membantu rakyat di negeri ini tanpa mengira sempadan politik.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, ia adalah untuk meringankan beban yang ditanggung masyarakat yang terjejas akibat Covid-19 yang melanda di seluruh negara.
“Pepatah Melayu (mengatakan) “yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing” wajar diambil iktibar oleh semua Ahli Yang Berhormat (AYB) sebagai pemimpin untuk bersatu bagi menggerakkan rakyat menghadapi pandemik ini.
“Terutama dalam membantu ‘frontliners’ menghadapi isu global yang mengancam nyawa ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa pembukaan Persidangan Mesyuarat Kali Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di U2, Wisma Darul Iman, pada semalam.
Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaanyang setinggi-tingginya kepada semua ‘frontliners’ samada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia Polis, Tentera bertungkus lumus berkorban nyawa demi menyelamatkan nyawa.
“Sepanjang persidangan ini, saya berharap semua AYB dapat mematuhi SOP seperti biasa walau pun kita telah melepasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersepadu (PKPB).
“YB mesti sentiasa membuat penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan membersihkan tangan sebagai langkah keselamatan serta bilik persidangan di DUN kita, telah melalui proses sanitasi sebelum persidangan bermula,” tambah Dato’ Yahaya.
Ulasan