28 November 2020

Sinar Harapan Penubuhan DHPP Cawangan Kemasik


KUALA TERENGGANU  - Pertemuan dengan komuniti kaum Tionghua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik memberikan sinar harapan kepada penubuhan cawangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).


 Ketua DHPP Terengganu Dr Balachandran G Krishnan berkata, majlis yang di adakan di Pusat Khidmat DUN tersebut bertujuan untuk perbincangan pelancaran sayap bukan Islam PAS itu.

“Tujuan perjumpaan adalah untuk menyelaraskan penubuhan DHPP DUN Kemasik. Seramai 25 ahli DHPP di kenal pasti dan satu majlis pelancaran akan diadakan dalam masa terdekat.

“Dengan pelancaran ini, kami berharap DHPP akan memain peranan yang lebih aktif untuk menyalurkan segala masalah warga Tionghua di Kampung Baru Air Jernih kepada perhatian YB DUN Kemasik untuk pertimbangan,” jelasnya.

Beliau yang juga Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam, Pejabat Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika dihubungi, semalam Jumaat 27 November.


Menurutnya, program pada Khamis yang di adakan di Pusat Khidmat DUN itu turut dihadiri oleh ADUN Kemasik, Ir Ir Saiful Azmi Suhaili, Setiausaha DHPP Terengganu Harish Chand dan Ketua Pemuda Alex Chan serta Ketua Komuniti Kaum Tionghua Air Jernih.

Pada majlis yang sama, kata beliau, borang Pencen Rakyat Terengganu turut diserahkan oleh Alex Chan kepada warga emas Kampung terbabit.

“Kampung Baru Air Jernih, mempunyai 112 rumah buah warga tionghua,” tambah Dr. Bala.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...