06 Disember 2020

1000 Bungkus Makan Tengahari Untuk Penduduk Terjejas


KUALA TERENGGANU - 1000 bungkus nasi gulai daging, hidangan tengah hari, diagihkan kepada penduduk terjejas  banjir dalam tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, Batu Buruk, Bandar dan Ladang.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sumbangan makanan itu, selain mengurangkan beban, dapat memberi ruang masa kepada mereka untuk membersihkan rumah masing-masing. 

"alhamdulillah Program Dapur Rakyat dari PAS kawasan Kuala Terengganu telah berjaya  mengagihkan nasi dan gulai daging kepada 1, 000 orang, 

"pastinya melegakan mereka sibuk membersih rumah dan membaiki peralatan yang rosak," ujarnya. 

Katanya, program yang di tugaskan kepada Skuad Khidmat Dewan Muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu bersekali dengan 'Misi Ops Bersih', gotong royong membersih rumah mangsa banjir di kawasan terbabit. 


Sementara itu, setiausaha Majlis Tindakan Dun Wakaf Mempelam Ismail Wahab berkata, persiapan memasak 'Dapur Rakyat' bermula awal pagi, melibatkan 15 tenaga kerja, 200 kilogram daging lembu dan lima kawah nasi putih.

"tugas memasak diserahkan kepada DUN Wakaf Mempelam dan di buat di rumah ketua cawangan Kampung Gong Pauh. 

"ketika ramai penduduk terkesan bencana, amatlah wajar PAS kawasan Kuala Terengganu  mengambil tindakan mengadakan program Dapur Rakyat ini," kata beliau

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...