23 Disember 2020

313 'Tentera Badar' KT Ke Kemaman


Oleh : Azizah Mahmood

Seramai 313 orang 'tentera' yang merupakan sukarelawan dari PAS kawasan Kuala Terengganu telah berangkat ke Teluk Kalong Kemaman dalam misi bantuan banjir.

Pada jam empat pagi mereka bertolak dari Kuala Terengganu di ketuai oleh YDP Wan Sukairi Wan Abdullah, Setiausaha Mohd Soud Said, Naib YDP Hj Ahmad Amzad Hasyim, bendahari Kamal Ali, Ketua pemuda Ashraff Nawawi, ketua muslimat Hjh Shamsiah Abu Bakar, Ketua Ameerah Nur Syuhadah dan ketua Amal kawasan saudara Nordin Ali.

Semua sukarelawan berkumpul pada jam 7.30 pagi di perkarangan Masjid Asyakirin Teluk Kalong. Taklimat dan pelepasan ke tugasan seterusnya oleh YDP Pas kawasan Kuala Terengganu bersama ketua pemudanya Ashraf Nawawi.

Pembahagian dua team iaitu team kebersihan dan team dapur rakyat.

Team kebersihan di ketuai Nordin bin Ali ketua Amal kawasan dan team dapur rakyat Azizah Mahmood yang juga ajk Pas Kawasan Kuala Terengganu.

Turut membantu dalam misi ini ialah team dari dun Kijal di ketuai oleh Ustaz Hazri dan Isteri Che Mesiilah bersama 30 orang petugas tempatan.

Team dapur rakyat juga turut di sertai isteri kepada Adun cukai iaitu Puan Zariyah dan ustazah Fainah Mat ketua muslimat Kemaman

" Pas kawasan Kuala Terengganu  bersyukur dapat turun membantu ke kawasan musibah banjir ini terutama di Teluk Kalong  yang melibatkan 425 buah rumah di perumahan mampu milik di mana semua rumah di masuki air dan berlaku banyak kerosakan pada barangan. Team kebersihan akan membantu membersih rumah mangsa manakala muslimat akan membantu persiapan makanan tengahari di dapur rakyat membabitkan agihan kepada 3500 orang. InsyaAllah kami di Pas kawasan akan sentiasa bersedia untuk membantu bila bila masa di perlukan " ujar Wan Sukairi Wan Abdullah yang di temui ketika membantu muslimat di dapur rakyat.

Menurut ahli Parlimen Kuala Terengganu Hj Ahmad Amzad Hasyim" misi ini anak penting dalam menunjukkan kebersamaan dan prihatin rakyat malaysia terhadap apa jua musibah dan hari ini mungkin di sini esok lusa belum tahu tetapi dengan rasa prihatin Malaysia insyaAllah dapat meringankan beban mangsa terlibat " beliau di temui ketika membantu mengankat makanan ke dalam kenderaan 4x4 yang akan menghantar ke lokasi yang di susun.

Ahli Parlimen Kemaman Ustaz Halias Abdul Hamid telah hadir  menyampaikan bantuan" mask" dan biskut kepada sukarelawan banjir 

" bertugas dengan menjaga sop norma baharu dan budaya hari ini sangat penting bagi mengawal covid 19." kata beliau ketika menyerahkan sumbangan kepada Hjh Shamsiah Abu Bakar di Dapur rakyat.

** Catatan penulis

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...